Return to flip book view

Welcome To My World - BM

Page 1

DI SINILAHV3.0
Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U). DOWNLOAD 

Page 2

Dari hutan hujan tanah tinggi berusia 100 juta tahun yang mengelilinginya hingga ke taman tema ikoniknya, hotel bertaraf dunia serta pengalaman makan dan membeli belah yang unik, anda akan mendapati bahawa ada dunia untuk semua orang di sini pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut di antara awan.Dan apabila anda menemui dunia anda dan keajaiban di sekelilingnya yang mula menggamit, anda pasti tidak dapat mengawal keseronokkan sehingga tanpa sedar akan mengatakan, wow!SAAT ANDA MELANGKAHKE RESORTS WORLD GENTING,DUNIA MENJADI MILIK ANDA. PENGENALANDI SINILAH

Page 3

CARA UNTUK KE SINIResorts World Genting sangat mudah diakses, dengan pelbagai pilihan pengangkutan menjadikan perjalanan anda lancar dan selesa.Kuala Lumpur >Resorts World Genting56km KLIA & KLIA 2 >Resorts World Genting108kmKL Sentral >Resorts World Genting54kmStesen LRT Gombak >Resorts World Genting23kmPerkhidmatanLimosin SewaTeksi & e-Hailing HelikopterKereta BasKaunter Perkhidmatan Limosin (Resorts World Genting)Tel: (603) 6105 9584/85 | Emel: TransportReservation-Limousine@rwgenting.com

Page 4

TAMAN TEMATEROKA IMAGINASI MENERUSIPENGEMBARAAN DI ATAS AWANDI SINILAH DUNIAKU

Page 5

Taman Tema Genting SkyWorlds terletak pada 6,000 kaki dari aras laut tetapi apabila bercakap tentang pengembaraan, hanya langit adalah hadnya!Dengan 9 dunia berbeza yang penuh keseronokan berinspirasikan francais lem seperti Ice Age, Planet of the Apes, Rio dan Independence Day, taman tema berukuran 26 ekar ini akan menggembirakan pengembara di semua peringkat umur dengan permainan dan tarikan berkelas dunia, hiburan secara langsung dan banyak lagi. Ianya merupakan satu-satunya taman tema pertama berkelas Platinum yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Program Malaysia Tourism Quality Assurance.Rio © 2023 20th Century Studios. All Rights Reserved.

Page 6

TAMAN PERMAINAN UNTUKJIWA KANAK-KANAK ANDADI SINILAH DUNIAKU

Page 7

Di Taman Tema Indoor Skytropolis, setiap ruang dari 400,000 kaki persegi ini dipenuhi dengan keseronokan yang tidak berkesudahan untuk seluruh keluarga. Terdapat permainan untuk kanak-kanak, tarikan untuk keluarga dan roller coaster untuk mereka yang sukakan cabaran – kesemua ciri-ciri percutian keluarga yang sempurna.

Page 8

Ripley's AdventurelandAnda sukakan perkara-perkara yang luar biasa? Pergilah ke Ripley's Adventureland dan alami segala-galanya daripada koleksi barangan paling luar biasa di dunia ke muzium ilusi optik yang menakjubkan, sehinggalah Wabak Zombi yang menakutkan. Kedengaran seperti sukar dipercayai? Nah, anda hanya perlu mengalaminya untuk mempercayainya.Sky VRBayangkan dunia di mana anda mempunyai kuasa untuk menentang realiti dan melakukan perkara yang mustahil. Di Sky VR, kuasa itu adalah milik anda untuk rasai dengan teknologi realiti maya kami yang canggih!Genting BowlHiburkan hati anda dengan 20 lorong boling yang penuh keseronokanuntuk anda bersaing dengan rakan dan keluarga!Aras 2, Taman Tema Indoor SkytropolisAras 3, Kompleks Dunia PertamaAras 4, SkyAvenueHIBURAN

Page 9

Pusat Permainan Video BigTop & Vision City Jika anda sedang dalam pencarian untuk menikmati beberapa permainan video lama atau permainan karnival yang bagus dengan sentuhan moden, anda pasti akan menjumpainya di Pusat Permainan Video BigTop & Vision City.Bona CinemasAlami pengalaman menonton wayang di pawagam yang lebih hebat dari biasa di Bona Cinemas dengan pengembaraan visual IMAX yang mengasyikkan dan perjalanan dinamik yang akan dibawa oleh tempat duduk bergerak yang boleh diubah suai di teater D-Box kepada anda.SkySymphonySkySymphony menceritakan kisah-kisahnya yang mempesonakan dengan mengubah atrium SkyAvenue menjadi pertunjukan audio, visual dan grak bergerak dari udara yang menakjubkan untuk dinikmati dan dihayati.Aras 1, SkyAvenueAras 1, SkyAvenueBigTop: Aras 2, Taman Tema Indoor Skytropolis Vision City: Aras Lobi Bawah, Genting Grand

Page 10

Jom bersama Tabby si Harimau,Allie si Gajah, Geno si Dinosaur serta rakan-rakan mereka, dan pahatkannya dalam ingatan dengan bergambar bersama mereka!KENALI HERO KAMI, TEMUIRAKAN BAHARU ANDA!

Page 11

Tabby si Harimau adalah seekor haiwan yang bersemangat, bertenaga dan sentiasa bersedia untuk keseronokan dan pengem- baraan. Tabby suka mengajak rakan-rakannya menyertainya semasa dia meneroka tempat baharu dan menarik.Apabila Allie si Gajah, seekor haiwan yang penyayang, manisdan pintar tidak sibukbelajar atau meneroka persekitarannya, pastidia sedang menari!Joe si Orangutan suka meneroka perkara baharu sepanjang hari – diaberasa gembira berkongsi pengetahuan dan penemuannya, terutama sekali dengan rakan baiknya, Geno si Dinosaur.Dia seorang yang mahir dalam helah kad, silap mata, nyanyian dan tarian, Bennysi Penghibur adalah seorang penghibur semula jadi yang akan sentiasa berani mengejar impiannya, tidak kira apa jua halangan!Betubuh kecil, manis, namun sangat berkuasa, Callie si Naga bersifat mistikal, ajaib, dan yang paling penting, rakan yang setia dengan keupayaan unik untuk melihat potensi dalam diri semua orang!Tidak seperti dinosaur yang biasa, Geno si Dinosaur ini adalah seekor haiwan yang bahagia, suka bermain, berguling, dan berkejaran dengan teman baiknya,Joe si Orangutan!BENNYSI PENGHIBURTABBYSI HARIMAUALLIESI GAJAHJOESI ORANGUTANCALLIESI NAGAGENOSI DINOSAUR

Page 12

Kelab super seluas 8,000 kaki persegi yang memartabatkan senikontemporari muzik yang seiring dengan tatacara lampunya yangluar biasa!APABILA MALAM BERGEMERLAPAN,BERMULALAH PENGALAMANYANG TIDAK DAPAT DILUPAKANDI SINILAH DUNIAKUKEHIDUPAN MALAMKelab yang dipacu gaya hidup terkini dengan keluasan 5,000 kaki persegikhusus untuk meraikan budaya hip hop dalam setiap cara.

Page 13

Dinamakan sempena mendiang pengasas kami,Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong, Gohtong Way adalahtempat di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untukmenyambut kebersamaan, perpaduan dan keharmonian dengan hiburansecara langsung dan makanan yang melazatkan.Apabila matahari terbenam, alami kemuncak keseronokan dengan aktiviti malam yang terkemuka dan terbaikdi negara ini, di mana malam anda baru sahaja bermula.Bar yang selesa untuk bersantai bersama rakan anda dan banyak koleksipermainan parti, termasuk bir pong bersaiz sebenar, jenga serta dam ular.

Page 14

Satu-satunya hoteldi Malaysia yang menerimaAnugerah 5 Bintang daripadaForbes Travel Guide untuklima tahun berturut-turut(2019 – 2023)2019 20222023BANGKIT DIBALIKAWANAN, MIMPI DIIRINGIKERDIPAN BINTANGDI SINILAH DUNIAKUHOTEL

Page 15

Crockfords adalah lambang penginapan mewah,di mana setiap bilik direka dengan menarik dan teliti untuk menawarkan keselesaan dan kemewahan dalam kadar yang sama. Sebagai salah satu permata tersembunyi di dataran tinggi ini, ia merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang diiktiraf 5 bintang oleh Forbes Travel Guide selama lima tahun berturut-turut (2019-2023).

Page 16

Genting GrandGenting Grand bukan sahaja salah satu hotel terbaik di Resorts World Genting, tetapi juga salah satu hotel yang paling ikonik. Di tengah-tengah seni binanya yang sangat mudah dikenali, anda akan temui suite yang elegan dan memberikan keselesaan kontemporari yang telah berkembang mengikut zaman, disamping kelasnya yang tersendiri dan tidak dimamah waktu.Highlands HotelHighands Hotel adalah di mana anda akan merasai gabungan kemewahan canggih dan keselesaan ringkas, menjelma menjadi suite eksklusif yang direka untuk mereka yang mempunyai cita rasa untuk hidup mewah di antara awan.Resorts World AwanaSebuah pusat peranginan yang tenang terletak pada ketinggian 3,100 kaki di atas paras laut di tanah tinggi yang sejuk, dikelilingi oleh hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.Pemenang anugerah bertarafempat bintang berprestijForbes Travel Guide sebanyak 6 kali(2018-2023)202320212020 202220192018Verified luxury andrecommended byForbes Travel Guide20232023

Page 17

Genting SkyWorlds HotelSebuah hotel butik yang dipenuhi dengan bilik minimalis yang menyeronokkan, diilhamkan oleh Taman Tema Genting SkyWorldsdan direka untuk pengembara yang sukakan keseronokan.Resort HotelSama ada untuk perniagaan atau keseronokan, Resorts Hotel mempunyai semua keselesaan utama untuk menjadikan setiap penginapan satu percutian tanpa tekanan.First World HotelHotel terbesar di dunia dengan 7,351 bilik, First World Hotel menawarkan bukan sahaja pilihan penginapan bajet, tetapi juga akses mudah ke tarikan utama, kerana lokasinya di tengah-tengah Resorts World Genting.

Page 18

Awana GardenTiada yang lebih baik daripada hidangan periuk panas dalam cuaca tanah tinggi yang sejuk. Apabila bahan-bahannya segar dan sayur-sayuran semuanya dituai terus dari kebun kami dan denai hutan hujan Awana, anda tahu Awana Garden berada pada tahap yang berbeza. Dan untuk menjadikannya pengalaman periuk panas yang lebih sukar ditandingi, hidangan ladang ke meja anda dan makanan kegemaran tempatan Malaysia boleh dinikmati dalam dakapan udara segar yang mempesonakan dan pemandangan hutan hujan tanah tinggi yang memukau.Wolfgang’s SteakhouseSalah satu tawaran istimewa Wolfgang's Steakhouse ialah porterhouse, serta rib-eye, tenderloin, sirloin dan burger daging lembu. Seperti semua restoran stik sebenar, Wolfgang's Steakhouse akan menawarkan kentang lecek, sauteed spinach dan hidangan sampingan lain untuk menyempurnakan juadah.TEMPAT MAKAN

Page 19

AYU AwanaDiinspirasikan oleh suasana pulau-pulau Asia Tenggara yang indah, AYU Awana adalah sebuah oasis luaran yang mempunyai segala-galanya untuk mengubah hidangan atau BBQ hujung minggu anda menjadi satu pengalaman yang tenang dan menyeluruh dengan hidangan istimewa sihat yang disajikan dengan hiburan dan gaya hidup.MENU YANG PELBAGAI UNTUK SETIAP CITA RASADaripada hidangan tempatan hinggalah kepada masakan Barat,apa sahaja yang anda idamkan, anda boleh menemuinya di Resorts World Genting.

Page 20

BELI BELAHDI MANA SETIAP PENGALAMANMEMBELI BELAH MENJADIPERJALANAN PENUH KEGEMBIRAAN DI SINILAH DUNIAKU

Page 21

Daripada penjimatan harian sehingga 65% bagi lebih 150 jenama berjenama di Genting Highlands Premium Outlets hinggalah mencari barang kemas, jam tangan, kasut dan gajet di SkyAvenue, sama ada anda membeli-belah untuk sesuatu yang baharu atau untuk tawaran yang luar biasa,Resorts World Genting menawarkan yang segalanya.

Page 22

GolfTiada pengalaman bermain golf yang setanding dengan apa yang anda akan temui di Resorts World Awana. Pada 3,100 kaki di atas paras laut, setiap pusingan mendebarkan di laluan 18-lubang yang unik ini sentiasa bermula dan berakhir dengan cara yang sama dalam dakapan ketenangan, dirangkul oleh kehijauan yang subur dan angin tanah tinggi yang segar sepanjang tahun.M SPA & FITNESSManjakan tubuh dan minda anda dengan sesi peremajaan yang selayaknya di M Spa, di mana gabungan teknologi terkini dan rawatan badan berasaskan tumbuhan tradisional untuk menghilangkan keletihan anda dan memulihkan kesihatan anda dengan pengalaman holistik yang ditempah khas.LEISURE

Page 23

Awana SkyWayLaluan indah dan terbaik untuk ke Resorts World Genting,yang dihiasi oleh pemandangan indah hutan hujan tanah tinggi berusia 100 juta tahun. Hanya naik gondola di Stesen Awana dan anda akan sampai ke puncak dalam anggaran 10 minit.Kuil Gua Chin SweeJika anda bersedia untuk sedikit penerokaan, anda boleh turundi Stesen Chin Swee dalam perjalanan anda tanpa kos tambahan. Lencongan budaya ini akan membawa anda ke Kuil Gua Chin Swee yang mengagumkan, di mana terdapat pagoda sembilan tingkat yang ikonik, SkyTerrace terbuka dan patung Buddha setinggi15 meter menanti.

Page 24

TM and © GENTING GROUP. All Rights ReservedTertakluk kepada terma dan syarat.Maklumat adalah tepat pada masa cetakan.Daar sekarang untuk menjadikan pengalamanResorts World Genting anda lebih menyeronokkan dengan kadar bilik eksklusif, keistimewaan khusus untuk ahli sahaja, mata ganjaran untuk dibelanjakan dan banyak lagi.Anda cuma perlu menjadi ahli untuk mengubah lawatan anda ke akses ganjaran yang menakjubkan!LUASKAN DUNIAMUDENGAN GENTING REWARDSrwgenting.com